Sunday, February 26, 2012

resipi mi kolok sarawak

hari ni mak nak kongsi resipi special from sarawak to KL..hehe..ya la..i live in KL bah..ngegeh..
kembang aik lio mak masa molah entry resipi tok..yummy!bah..cuba try resipi mak kaktok..rasa mcm nok d kedei empun ..ahaks..muji dirik ai..


MI KOLOK SARAWAK
mi kolok sarawak-courtesy image from google
BAHAN(3 orang makan)

500grm mi kering/mi kolok
250grm daging cincang
200grm daging pangang (bubuh sedikit gula perang,garam & minyak masak sedikit dan dipanggang)
5 sudu besar minyak masak-untuk menumis
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar sos cili
2-3 ulas bawang ros merah-di hiris nipis (bawang ros lebih wangi)
sedikit daun bawang untuk hiasan
garam secukup rasa


CARA

1.Tumis bawang merah dengan api yang sederhana sehingga bawang garing dan wangi.Tutup api dan letakkan bawang yang digoreng dengan minyak ke dalam mangkuk.
2. tumis lagi sedikit bawang merah sehingga wangi,gorengkan daging cincang,letakkan kicap cair dan sedikit perasa.setelah masak angkat dan letakkan ke dalam mangkuk kosong.

MEREBUS MEE


1.panaskan air didalam periuk dan tunggu sehingga mendidih.setelah air betul betul mendidih,rendamkan mi dalam 5 @ lebih sehingga 3/4 masak dan angkat.
2.sediakan air sejuk @ air batu dan celupkan mi yang telah direbus tadi.celup dalam 2-3 kali sahaja.
3.setelah dicelup,celupkan sekali semula kedalam air rebusan yang masih mendidih tadi dan toskan.
4.letakkan ke dalam pinggan yang telah diletak kicap cair,sos cili,garam secukup rasa,bawang yang berserta minyak yang digoreng tadi dan gaulkan sebati sehingga bahan bahan sebati.
5.taburkan daging cincang yang telah digoreng tadi dan hiaskan dengan bawang goreng,daun bawang dan hirisan daging panggang..
6.apa lagi...ngap ler..selamat menjamu selera dan mencoba...:)