Yum!ramai yang tergoda melihat bijik bijik cumil bubur ni kan?selepas dipost di FB..bukan main ramai yang nak bertapa mintak resipi..bah,tok lah kamek merik sapa sapa nok maok cuba try test.rasa nang nyaman!ngan simple jak mok molah.tutup mata jak ngolong ngolong bijik ya..hakhak..bijik bubur ya ta kamek..ya kuning utak mun pike nok lain eh.hehe..
Bahan:
Tepung pulut
Air secukupnya
Garam secubit
Pewarna hijau & merah
Santan
Gula
Daun pandan
Cara:
1.Bancuh tepung pulut,garam,air secukupnya dan bentukkan sampai menjadi doh
2.Bahagikan kepada 2 bahagian.1 letak warna hijau,1 letak warna merah
3.Bulatkan kecil kecil secomel yang mungkin.ikut citarasa la..nak buat bentuk teddy bear pun bole jugak
4.Didihkan air gula bersama daun pandan,masukkan bijik bubur dan tunggu sehingga ia terapung(menandakan sudah masak)
5.Letakkan air santan.dan kacau sehingga masak.
Boleh juga yang taknak guna santan,nak guna air gula melaka pun sodap..kurang kolestrol tau..
Slamat mencuba...